Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat. <br /><br />Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.